Bulan Ogos tahun lepas, Microsoft telah melancarkan aplikasi “SMS Organizer”. Ia adalah aplikasi permesejan SMS yang boleh mengurus mesej-mesej pengguna mengikut kategori. Ia memfokuskan pengguna di India, kerana turut ada bahagian khusus mengenai jadual kereta api dan perkhidmatan di negara sana.
Terkini, Google cuba mengikut jejak langkah Microsoft dengan memperkenalkan fungsi mengurus mesej mengikut kategori. Buat masa ini, ia masih dalam ujian, pengguna boleh lihat mesej disusun mengikut All, Personal, Transactions, OTP, Offers, dan More. Ini adalah perkara berguna dan memudahkan pengguna mencari semula mesej-mesej seperti sejarah transaksi, panggilan telefon yang terlepas atau juga mesej kecemasan. Semalam kami telah melaporkan mengenai sokongan memadam mesej OTP dalam masa 24 jam, yang mana selamat dan berguna juga.
Buat masa ini tidak pasti lagi Google akan edarkan kemaskini ini secara Play Store atau kemaksini dari bahagian pelayan. Ini kerana ia masih belum berfungsi dengan baik lagi. Mungkin selepas ia mula stabil ia akan diedarkan. Harapnya ia akan ditawarkan secara meluas.