Cari @ Amanz

OnePlus 8T adalah peranti mercu baharu OnePlus yang bakal dilancarkan pada 14 Oktober ini. Ia dilaporkan akan kekal dengan Snapdragon 865 dan telah sah menggunakan sistem pengecasan pantas 65W, menyokong skrin 120Hz panel AMOLED rata dan masih menggunakan kamera 48MP.

Terkini, Pete Lau telah mengesahkan yang OnePlus 8T turut merupakan peranti Android 11 pertama bukan Pixel yang dilancarkan. Ini bermakna, OnePlus 8T akan menjalankan sistem operasi Oxygen OS 11 yang banyak kontroversi kerana mirip One UI. Ia juga adalah peranti OnePlus pertama dengan sistem operasi stabil memofkuskan penggunaan satu tangan, antaramuka lebih mesra pengguna.

Butiran lanjut hanya akan dikongsi pada 14 Oktober nanti, sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd