Cari @ Amanz

Oppo Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka bakal memperkenalkan sebuah lagi peranti terbaru untuk pasaran tempatan. Dikenali sebagai Oppo A93, ia telah disahkan muncul secara rasmi pada minggu hadapan, 6 Oktober 2020.

Memetik poster dikongsi, Oppo A93 dilihat hadir dengan rekaan berlubang bersama sokongan dwi-kamera swafoto pada panel hadapan. Selain itu, ia turut menyertakan sokongan empat kamera utama di belakang, hadir dengan ketebalan 7.48mm dan ditawarkan dalam variasi memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Itu sahaja maklumat berkaitan peranti yang diketahui buat masa ini.

Secara kasarnya, Oppo A93 dipercayai ‘berkongsi’ penawaran hampir sama seperti Oppo F17 Pro yang diumumkan di India sekitar awal bulan lalu. Selain, turut dikenali sebagai Oppo Reno 4F dan Oppo Reno4 Lite untuk pasaran luar. Justeru, ia dipercayai hadir dengan pemproses MediaTek Helio P95, konfigurasi lensa utama 48-Megapixel dan bateri 4,015mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W VOOC 4.0. Untuk ketahui lebih lanjut, segalanya bakal terjawab pada pelancaran rasmi kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd