Teknologi pengecasan adipantas 125W telah diperlihatkan oleh Realme dan Oppo tahun ini. Menerusinya bateri sebesar 4000 mAh dapat dicas ke tahap 33% dalam masa hanya 3 minit sekaligus menjadikannya pengecas terpantas pernah dihasilkan untuk telefon pintar.
I just stepped out of our realme Labs and couldn't wait to share a sneak-peek of what's coming up.
— Madhav Faster7 (@MadhavSheth1) September 29, 2020
We're planning #FAS7ER things for @realmeeurope – so stay tuned! pic.twitter.com/ZUP7tGI5Nn
Penantian untuk peranti pertama dengan pengecasan ini akan berakhir kelak. Ketua pegawai eksekutif Realme,Madhav Sheth telah menghantar ciapan di atas yang memberikan petunjuk pelancaran produk pertama akan berlaku dalam masa terdekat.
Berdasarkan tagar yang disertakan ia mungkin sebuah model Realme 7. Setakat ini kesemua peranti siri Realme 7 yang telah dilancarkan tidak menyokong pengecasan 125W UltraDart Fast Charging.