Cari @ Amanz

Realme 125W UltraDart Fast Charging Kini Rasmi – Boleh Mengecas Sehingga 33% Dalam Hanya 3 Minit

Link Copied!

Seperti yang dijanjikan, Realme kini telah memperkenalkan teknologi pengecasan pantas terbaru mereka. Dikenali sebagai Realme 125W UltraDart Fast Charging, teknologi ini dikatakan boleh mengecas bateri berkapasiti 4,000mAh sehingga 33% dalam hanya 3 minit sahaja.

Difahamkan, Realme menggunakan pendekatakan pengecasan tiga arah secara serentak untuk mencapai kelajuan sebegini. Ia sekaligus dapat memaksimumkan daya pengecasan dan mengurangkan pelepasan haba dengan baik. Ia juga menyokong sambungan port USB-C. Lebih menariknya lagi, pengecasan ini tidak terhad pada peranti pintar semata-mata sebaliknya, ia juga boleh menyokong peranti lain seperti komputer riba.

Ia dikatakan serasi dengan sejumlah pengecasan lain seperti VOOC, Dart, Warp, SuperVOOC , SuperVOOC 2.0 dan SuperDart. Tidak sekadar itu, ia juga serasi dengan input voltan pada 100-240V yang digunakan secara universal di seluruh dunia. Buat masa ini, masih belum diketahui peranti apakah yang akan disertakan dengan teknologi ini.

Imbas kembali, kita sedia tahu Oppo telahpun muncul dengan teknologi Super FlashCharge 125W dan vivo pula dengan teknologi FlashCharge 120W. Memandangkan ketiga-tiganya merupakan syarikat di bawah BBK Electronics, sebenarnya pendekatan teknologi yang digunakan adalah lebih kurang sama. Cuma perbezaannya terletak pada penjenamaan.


Komen ()