Cari @ Amanz

Lenovo telah pun memperkenalkan sejumlah produk komputer riba baru semalam, dan salah satunya adalah ThinkBook 15 Gen 2. Menariknya pada komputer riba ini adalah penyertaan bahagian khusus untuk menyimpan fon telinga nirwayar.

Lenovo menyertakan sebuah bahagian laci khusus pada ThinkBook 15 Gen 2 ini, dimana pengguna boleh menyimpan fon telinga nirwayar mereka.

Untuk tujuan ini juga, Lenovo menyertakan fon telinga mereka tersendiri yang berfungsi secara automatik apabila anda mengeluarkannya daripada laci berkenaan.

Sebaik sahaja selesai menggunakannya, anda turut boleh menyimpan fon telinga berkenaan pada laci tersebut – sekaligus mengecas aksesori berkenaan.

Dengan norma baharu yang memerlukan kita sering melakukan panggilan video dan sebagainya, penyertaan ini semestinya diminati ramai. Tetapi, ia juga hadir dengan beberapa had, seperti mungkin memerlukan penawaran pembelian berasingan untuk menggantikannya jikalau hilang, atau keupayaan untuk mengecas diluar komputer riba.

Buat masa ini, harga jualan komputer riba ini di Malaysia masih tidak diketahui lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd