Dua Aksesori Audio Terbaharu Redmi Bakal Diperkenalkan Minggu Hadapan

Dua Aksesori Audio Terbaharu Redmi Bakal Diperkenalkan Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Okt 1, 2020 oleh .

Selain daripada jam tangan dan televisyen pintar, penghasilan aksesori audio turut mendapat perhatian dalam kalangan pengeluar. Salah satu daripadanya adalah Redmi yang mana kini dalam perancangan untuk pengenalan barisan aksesori audio terbaru selepas sedia hadir dengan Redmi Earphones sekitar awal bulan lalu.

Memetik imej penggoda tersebar, acara pelancaran tersebut dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan, 7 Oktober 2020. Imej tersebut turut memberi gambaran bahawa Redmi bakal memperkenalkan lebih daripada satu produk audio pada acara berkenaan. Seterusnya, jika diperhatikan dengan teliti kedua-duanya juga hadir dalam rekaan berbeza iaitu fon teling jenis berwayar dan juga nirwayar.

Laman rasmi Redmi turut mengacah imej yang sama, cuma sayangnya nama untuk aksesori-aksesori tersebut masih belum diketahui. Bukan itu sahaja, spesifikasi mengenainya juga masih menjadi tanda tanya. Justeru, sama-sama kita nanti pelancaran rasmi kelak untuk ketahui lebih lanjut.



TIPS & ULASAN