Cari @ Amanz

Google Photos ialah aplikasi simpanan dan suntingan gambar yang terpasang pada kesemua peranti Android dengan GMS. Sebagai aplikasi dengan jumlah pengguna yang ramai, Google telah mengemaskini aplikasi bagi memberikan lebih banyak pilihan suntingan kepada pengguna.

Dengan menggunakan kecerdasan buatan, aplikasi akan melakukan suntingan automatik kepada gambar yang diambil. Pilihan suntingan yang lebih pelbagai juga diberikan seperti menghasilkan latar belakang yang kabur dan kekuatan warna. Antaramuka yang lebih mudah digunakan juga diperkenalkan.

Pada peranti Pixel 4a 5G dan Pixel 5 yang baru dilancarkan pula, terdapat pilihan menggunakan mod Portrait Lighthing seperti yang dipopularkan oleh iPhone X. Menerusi ciri ini sumber cahaya dalam gambar dapat diubah mengikut kehendak pengguna. Kesemua ciri ini akan diterima terlebih dahulu kepada pengguna peranti Pixel sebelum diberikan kepada peranti Android lain secara berperingkat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd