Realme Buds Wireless Pro Dan Buds Air Pro Juga Akan Diperkenalkan Pada 7 Oktober Ini

Realme Buds Wireless Pro Dan Buds Air Pro Juga Akan Diperkenalkan Pada 7 Oktober Ini

Diterbitkan pada Okt 1, 2020 oleh .

Realme Buds Wireless Pro dan Realme Buds Air Pro telah diumumkan pada acara IFA tempoh hari. Namun begitu, Realme hanya menyentuh mengenainya sepintas lalu tanpa berkongsi sebarang spesifikasi dan tarikh pelancaran rasminya.

Terkini, Realme dilihat telah mengesahkan kedua-dua aksesori audio ini akan diperkenalkan secara rasmi pada 7 Oktober ini – sering dengan Realme Smart TV SLED 4K. Dalam pada itu, rekaan dan spesifikasi mengenai kedua-duanya juga dikatakan turut tertiris. Tidak banyak yang diketahui mengenai Realme Buds Air Pro. Tetapi, spesifikasi Realme Buds Wireless Pro dikatakkan telah tertiris sepenuhnya.

Di mana, Realme Buds Wireless Pro dikatakan hadir dengan rekaan gelung leher dengan fon telinga dalam-telinga, pemandu audio sebesar 13.6mm, masa pendam rendah 119ms, pembatalan hingar aktif (ANC) dan sokongan untuk Sony LDAC serta Hi-Res Audio. Ia juga dipercayai mampu menawarkan jangka hayat bateri sehingga 22 jam.



TIPS & ULASAN