Carian
UAE Ingin Menjadi Negara Islam Pertama Melakukan Misi Ke Bulan Menjelang 2024
October 1, 2020 Effi Saharudin

Pada Julai lalu Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi negara Islam pertama yang melancarkan misi ke Marikh. Proba Al-Amal yang dilancarkan adalah langkah pertama UAE untuk menjadi kuasa besar teknologi angkasa lepas di kalangan negara Islam. Seterusnya pada tahun 2024 mereka ingin menjadi negara Islam pertama melancarkan misi ke bulan.

Tidak seperti Misi Artemis oleh NASA yang ingin mengembalikan manusia ke permukaan bulan, UAE sekadar ingin menghantar sebuah perayau. Perayau bulan Rashid akan melakukan ujian saintifik ke atas sampel tanah bulan serta menghantar imej kembali ke bumi.

Keseluruhan perayau akan direka oleh jurutera tempatan dengan rekaan diperlihatkan pada tahun 2021 dengan pemasangan dilakukan pula pda tahun 2022. Ujian akhir akan dilakukan pada tahun 2023 sebelum pelancaran pada 2024.

UAE ingin mengikut jejak Amerika Syarikat, Rusia, China dan India menjadi negara yang berjaya melakukan misi ke bulan. Pelan jangka panjang UAE ialah membina koloni di Marikh pada tahun 2117.

Komen