Samsung Galaxy Tab A7 (WiFi) Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM999
Amy Maizuraa
Samsung Malaysia kini memperluaskan lagi penawaran tablet keluarannya di pasaran tempatan dengan membawa masuk Samsung Galaxy Tab A7. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya pada harga RM999 (3GB + 32GB) untuk seunit dan hanya versi WiFi sahaja yang tersedia. Terdapat dua pilihan warna yang boleh dipilih iaitu Silver dan Dark Grey.

Samsung Galaxy Tab A7 membawakan paparan berukuran 10.4-inci TFT WUXGA+ (2000 x 1200 piksel), dijanakan cip pemproses Snapdragon 662, memori 3GB RAM, storan dalaman 32GB dan bateri berkapasiti 7,040mAh melalui sambungan port USB-C. Konfigurasi kameranya pula adalah sebesar 8-Megapixel untuk lensa utama, diiringi dengan 5-Megapixel untuk kamera swafoto. Lebih menarik, sistem pembesar suaranya turut dioptimasikan dengan sokongan Dolby Atmos untuk pengalaman audio yang imersif.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.