Cari @ Amanz

Lenovo mempunyai jenama memfokuskan kepada permainan video dinamakan Legion. Selepas hanya memfokuskan kepada arena perkomputeran, pada Julai 2020 lepas, Lenovo turut telah melancarkan sebuah telefon pintar memfokuskan permua dibawah jenama Legion.

Dinamakan Legion Phone Duel, menariknya kini ia turut telah melepasi pengesahan Sirim di Malaysia – sekaligus menandakan pelancarannya akan diadakan tidak lama lagi.

Lenovo Legion Phone Duel hadir dengan skrin 6.59-inci pada kadar segar semula 144Hz, dijana cip Snapdragon 865+, memori sehingga 16GB RAM dan bateri sebesar 5000mAh.

Legion Phone Duel ini menyertakan dwi-port USB-C untuk memudahkan pengecasan pantas sehingga 90W. Bateri pada telefon pintar ini dibahagikan kepada dua, sekaligus memudahkan pengecasan penuh dilakukan dengan lebih pantas.

Lenovo Legion Gaming Phone

Melengkapkannya adalah kamera hadapan pop-naik pada bahagian tepi untuk memudahkan penstriman permua. Ia turut dilengkapi sokongan dwi-stereo dihadapan, empat mikroon, serta dilengkapi Android 10.

Dengan pelepasan Sirim ini, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi peranti ini untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd