Carian
Markah Penanda Aras Apple A14 Bionic Menunjukkan Peningkatan Prestasi Hampir 30%
October 4, 2020 Effi Saharudin

iPad Air 2020 ialah peranti pertama yang menggunakan cip Apple A14 Bionic. Ini ialah cip yang akan turut digunakan oleh iPhone 12 kelak. Hujung minggu ini markah penanda aras untuk iPad Air 2020 tertiris dan menunjukkan berapakah peningkatan A14 Bionic berbanding A13 Bionic .

Dalam ujian Geekbench 5, A14 Bionic mencatatkan 1583 markah dalam ujian satu teras dan 4198 markah dalam ujian multi-teras. Apple A13 Bionic sebelum ini mencatatkan 1327 untuk satu teras dan 3300 untuk multi teras.

Tetapi markah penanda aras multi teras tertinggi masih dipegang oleh Apple A12Z Bionic (yang digunakan pada iPad Pro 2020) yang mencatatkan 4644 markah tetapi hanya mencatatkan 1119 markah dalam ujian satu teras.

Sebagai kesimpulan A14 Bionic menunjukkan peningkatan prestasi 19% dalam ujian satu teras dan 27% dalam ujian multi teras berbanding A13 Bionic.

Komen