Celcom Sedang Mengalami Gangguan Rangkaian Di Seluruh Negara

Celcom Sedang Mengalami Gangguan Rangkaian Di Seluruh Negara

Diterbitkan pada Okt 4, 2020 oleh .

Kemaskini : Rangkaian Celcom telah mula kembali beroperasi seperti sedia kala, dan pihak Celcom tawar penggunaan data tanpa menolak kuota sehingga tengah malam ini.

Sekiranya anda menggunakan rangkaian Celcom, anda pasti menyedari peranti tidak dapat mengakses rangkaian selular sejak beberapa jam yang lalu. Pengguna Celcom mula melaporkan masalah tidak dapat mengakses rangkaian sejak 3 petang di seluruh negara tetapi jumlah semakin meningkat sejak 30 minit lalu.

Celcom telah mengesahkan pengguna di beberapa kawasan di seluruh negara sedang mengalami masalah mengakses perkhidmatan suara serta data. Mereka sedang melakukan kerja baik pulih secepat mungkin. Tiada masa diberikan bila rangkaian akan kembali pulih. Bagi pelanggan Celcom anda semua perlu bersabar untuk waktu terdekat.



TIPS & ULASAN