Celcom Kembali Beroperasi – Penggunaan Internet Tidak Tolak Kuota Data Pengguna Sehingga 12 Tengah Malam Ini

Celcom Kembali Beroperasi – Penggunaan Internet Tidak Tolak Kuota Data Pengguna Sehingga 12 Tengah Malam Ini

Diterbitkan pada Okt 4, 2020 oleh .

Rangkaian Celcom kini dilihat telah beroperasi seperti sedia kala kembali, sekaligus memudahkan pengguna untuk terus menikmati rangkaian internet dan panggilan suara.

Menurut Celcom, disebabkan masalah teknikal, pengguna menghadapi masalah rangkaian sejak 3 petang, 4 Oktober 2020 hari ini.

Celcom meminta maaf untuk masalah teknikal ini, dan mereka kini menawarkan penggunaan tanpa mengira kuota data pengguna sehingga 11.59 malam 4 Oktober ini. Seperti biasa, anda perlu pastikan mempunyai langganan yang aktif untuk menikmatinya.



TIPS & ULASAN