Cari @ Amanz

TuneTalk merupakan salah satu perkhidmatan yang bergantung kepada rangkaian Celcom, dan disebabkan oleh gangguan pihak Celcom, pengguna TuneTalk turut terjejas.

Disebabkan olehnya, kini TuneTalk memohon maaf atas masalah teknikal pada petang tadi, dan sebagai ganti, mereka menawarkan data percuma untuk semua pengguna mereka.

TuneTalk menawarkan semua pelanggan aktif mereka data percuma sebanyak 1GB untuk kegunaan selama 24 jam. Penawaran data percumma akan diaktifkan secara berperingkat kepada semua pengguna bermula 12 tengah malam, 5 Oktober 2020.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd