Cari @ Amanz

Huawei FreeBuds Pro, Huawei Watch GT2 Pro dan Huawei MatePad T 10s kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia. Bagi yang berminat, anda boleh dapatkan Huawei FreeBuds Pro pada harga RM699, Huawei Watch GT2 Pro pada harga RM1,199 dan Huawei MatePad T 10s pula berharga RM999.

Lebih menariknya lagi, setiap pembelian akan didatangkan dengan pakej menarik seperti kod diskaun RM100 dan sejumlah hadiah menarik lain. Antaranya seperti : hadiah percuma sehingga RM138 (sarung pelindung dan pembesar suara) untuk pembelian Huawei FreeBuds Pro dan tali jam percuma untuk pembelian Huawei Watch GT 2 Pro. Manakala, pembelian Huawei MatePad T 10s pula disertakan dengan sarung pelindung tablet dan aplikasi percuma lain termasuk Viu.

FreeBuds Pro adalah jawapan Huawei kepada Apple AirPods Pro, yang mana ia adalah TWS premium dengan sokongan pembatalan hingar aktif. Pod pengecasan turut mempunyai sokongan pengecasan nirwayar. Huawei Watch GT 2 Pro pula memfokuskan kepada penggunaan tahan lasak dengan beberapa pembaharuan dari segi perisian. Ia kini menyokong ketahanan cuaca sejuk, mampu membaca data SPO2, dan banyak lagi. MatePad T 10s pula adalah tablet kelas pertengahan mereka yang seimbang dari segi penggunaan hiburan dan produktiviti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd