Google Task Kini Diintegrasikan Dalam Google Calendar

Google Task Kini Diintegrasikan Dalam Google Calendar

Diterbitkan pada Okt 5, 2020 oleh .

Dua tahun lepas, Google telah memperkenalkan aplikasi Google Task – iaitu aplikasi untuk menguruskan tugas serta memberikan peringatan mengenai tugas akan datang. Pengguna agak keliru dengan kehadiran aplikasi ini, kerana aplikasi Google Calendar, Google Keep – semuanya boleh sahaja membuat peringatan.

Terkini, Google hentikan kekeliruan tersebut dengan mengintegrasikan Google Task ke dalam Google Calendar. Ia akan memudahkan lagi pengguna membezakan serta mengasingkan tugasan dan acara di dalam kalendar. Antaramuka Google Task dalam Google Calendar juga adalah mirip sahaja dengan menetapkan acara di dalam kalendar, jadi ia akan memudahkan pengguna. Notifikasi juga diasingkan, agar tidak mengelirukan pengguna.

Melalui integrasi ini, pengguna yang menggunakan Google Task boleh menjimat storan peranti dengan membuang aplikasi tersebut. Gunakan sahaja Google Calendar, yang mana kini lebih efisien. Fungsi ini diedarkan secara berperingkat kepada semua pengguna, yang mana ia akan diedarkan bermula dari 2 Oktober.



TIPS & ULASAN