Honor Watch GS Pro Dan Honor MagicBook Pro Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM999

Honor Watch GS Pro Dan Honor MagicBook Pro Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM999

Diterbitkan pada Okt 6, 2020 oleh .

Selepas mengumumkannya di acara IFA tempoh hari, Honor Watch GS Pro dan Honor MagicBook Pro kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia. Bagi yang berminat, anda boleh dapatkan Honor Watch GS Pro pada harga RM999 manakala, Honor MagicBook Pro pula pada harga RM 3,599. Pembelian boleh dibuat bermula 8 Oktober ini menerusi kedai atas talian dan kedai konsep rasmi Honor di seluruh Malaysia. Sebagai alternatif, anda juga boleh membelinya menerusi gedung membeli belah atas talian seperti Lazada dan Shopee.

Lebih menariknya lagi, setiap pembelian akan didatangkan dengan sejumlah hadiah eksklusif menarik sehingga RM299 (HONOR Sport Pro) untuk pembelian Honor Watch GS Pro. Seterusnya, pembelian Honor MagicBook Pro pula akan didatangkan dengan eksklusif bernilai sehingga RM817 yang terdiri dengan HONOR Magic Earbuds / Microsoft Office 365 Personal*, tetikus nirwayar berasaskan Bluetooth dan beg galas untuk komputer riba.

Honor MagicBook Pro hadir dengan cip AMD Ryzen 5 4600H, dilengkapi skrin 16.1-inci dan membawakan berat hanya 1.7kg. Spesifikasi penuh untuk variasi model yang akan ditawarkan di Malaysia tidak diketahui lagi buat masa ini. Sementara, Honor Watch GS Pro pula hadir dengan skrin 1.39-inci OLED, dilengkapi cip Kirin A1, serta dilengkapi lebih 100 jenis aktiviti sukan. Ia turut dilengkapi dengan sensor pengesan nadi, sensor untuk memantau corak tidur, serta sokongan GPS bersama dengannya.



TIPS & ULASAN