Cari @ Amanz

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini telah mengumumkan penamatan penggunaan mesin pembayaran parkir, dan beralih sepenuhnya kepada penggunaan berasaskan kepada aplikasi. Selari dengannya, sejumlah aplikasi telah diumumkan boleh digunakan, termasuk EZ Smart Park, Flexiparking, Wilayah Parking dan juga M-Cash.

Kini, menambah satu lagi aplikasi disebabkan permintaan ramai adalah JomParking.

JomParking sedia meliputi sejumlah kawasan untuk memudahkan pengguna meletak kenderaan dan melakukan pembayaran menggunakan aplikasi tersebut. Kini, bermula 7 Oktober 2020, pengguna turut boleh menggunakan aplikasi JomParking untuk membayar caj petak tempat letak kereta bahu jalan di Kuala Lumpur.

Selain daripadanya, DBKL turut dijangka menambah sokongan untuk Boost dan Touch n Go eWallet tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd