Fossil Gen 5E Dilancarkan – Lebih Kecil, Lebih Murah

Fossil Gen 5E Dilancarkan – Lebih Kecil, Lebih Murah

Diterbitkan pada Okt 6, 2020 oleh .

Tahun lepas, Fossil telah melancarkan jam tangan pintar Wear OS generasi kelima mereka. Dari segi penawaran harga, ia memang berbaloi dan adalah antara jenama yang boleh dibeli di Malaysia dengan mudah. Wear OS set rasmi Malaysia sukar ditemui. Walaupun begitu, ia masih tidak begitu hebat kerana pengoptimasian perisian yang tidak ebgitu baik.

Terkini, mereka hadir dengan versi baru – Fossil Gen 5E (bukan SE). Ia memuatkan spesifikasi yang lebih kurang sama, tetapi lebih kecil dan lebih murah. Ia masih dijana dengan Snapdragon Wear 3100, memori 1GB RAM dan menggunakan skrin OLED 1.19-inci. Fossil turut menawarkan pilihan saiz 42mm atau 44mm mengikut kesesuaian tangan.

Dari segi keseluruhan, ia memang sama sahaja – cuma Fossil tawarkan saiz kecil dan harga lebih murah. Jelas sekali cuba bersaing dengan Apple Watch S3 dan SE. Harga jualan adalah $249, iaitu sekitar RM1,034.



TIPS & ULASAN