Cari @ Amanz

Kamera digital memacu kepupusan kamera filem sejak lebih sedekad lalu. Bagi penggemar fotografi, kamera nircermin kini menjadi pilihan kerana bukan sahaja boleh mengambil gambar tetapi cukup berkuasa untuk menjadi kamera video. Menurut Nikon Rumors, pengeluaran Nikon F6 telahpun dihentikan sekaligus menamatkan era kamera filem SLR.

Nikon F6 ialah kamera filem SLR mercu terakhir dari Nikon yang telah dikeluarkan sejak 2004. Selain itu kamera Nikon D5 dan Nikon SB-300 turut dipercayai telah ditamatkan. Lensa NIKKOR AI-S 50mm f/1.2 dan NIKKOR 24mm f/2.8 juga tidak lagi dihasilkan. Pihak Nikon masih belum mengesahkan laporan ini.

Sejak tiga tahun kebelakangan ini, Nikon telah mengecilkan pengeluaran kamera mereka sehingga kilang mereka telah ditutup di China. Kamera pada telefon pintar dilihat sudah memadai bagi majoriti pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd