Mi Watch Disahkan Bakal Tiba Di Malaysia Sekitar Disember Kelak

Mi Watch Disahkan Bakal Tiba Di Malaysia Sekitar Disember Kelak

Diterbitkan pada Okt 7, 2020 oleh .

Xiaomi Malaysia kini berkongsi satu berita menarik dengan mengesahkan bahawa Mi Watch bakal dibawa masuk ke pasaran tempatan sekitar Disember kelak. Pengumuman ini dibuat oleh pihak Xiaomi ketika acara pelancaran siri Xiaomi Mi10T. Namun begitu, tiada maklumat lanjut mengenai tarikh pelancaran rasminya, sebaliknya pihak Xiaomi sekadar berkongsi sedikit sebanyak berkaitan spesifikasi jam pintar ini sahaja.

Memetik info dikongsi, Mi Watch hadir dengan paparan bersaiz 1.39-inci bersama panel jenis AMOLED. Ia juga hadir dengan sokongan NFC, Bluetooth 5.0, BLE dan perlindungan kalis air 5ATM. Lebih menarik, ia juga mempunyai sensor pengesan nadi, kandungan oksigen dalam darah danmenjejak pola tidur, selain turut hadir dengan GPS terbina serta ketahanan bateri sehingga 16 hari. Untuk ketahui lebih lanjut, sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya daripada pihak Xiaomi Malaysia.



TIPS & ULASAN