Pemilik Surface Duo Mula Melaporkan Masalah Kerosakan Pada Bahagian Engsel

Pemilik Surface Duo Mula Melaporkan Masalah Kerosakan Pada Bahagian Engsel

Diterbitkan pada Okt 8, 2020 oleh .

Microsoft Surface Duo ialah percubaan terkini Microsoft untuk kembali ke arena telefon pintar. Beberapa ulasan awal adalah agak bercampur baur dengan pujian diberikan kepada Surface Duo kerana menggunakan rekaan yang unik dan skrin dengan nisbah yang lebih mesra pengguna. Tetapi kritikan diberikan kepada perisian yang kurang lancar.

u/featherrage

Tetapi di Reddit pemilik Surface Duo mula melaporkan masalah lebih serius yang berlaku kepada binaan peranti. Pertama sekali ialah engsel yang mula tidak berfungsi dengan lancar. Pembukaan engsel tidak lagi licin sehingga peranti sukar diletakkan rata pada permukaan meja. Apabila ini berlaku, skrin tidak mengesan sentuhan jari kerana ia perlu mengesan engsel yang dibuka sepenuhnya terlebih dahulu.

Pengguna turut melaporkan masalah bahagian plastik pada port pengecasan USB-C yang tertanggal secara rawak. Ada yang merungut proses mendapatkan peranti gantian adalah agak sukar pada waktu ini. Seperti Mate X dan Galaxy Fold, Surface Duo turut menghadapi masalah peranti generasi pertama. Diharap Microsoft dapat menyelesaikan isu ini sebelum jualan ke pasara global dilakukan.



TIPS & ULASAN