Nokia Berkongsi Latar Masa Kemaskini Android 11
October 9, 2020
Nokia
Effi Saharudin
Latar masa kemas kini ke Android 11 yang rasmi akhirnya dikongsi oleh pihak Nokia. Bermula suku keempat 2020 dengan empat peranti pertama adalah Nokia 8.3 5G, Nokia 2.2, Nokia 5.3 dan Nokia 8.1.

Sebenarnya latar masa yang dikongsi semalam adalah sama dengan latar masa yang telah dipadam oleh akaun media sosial Nokia pada penghujung September lalu. Mengapa ia dipadam tidak diketahui. Masih mengecewakan Nokia 9 Pureview yang merupakan sebuah peranti mercu hanya akan menerima Android 11 pada suku kedua 2021.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.