Apple iPad Generasi Ke-8 Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1449

Apple iPad Generasi Ke-8 Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1449

Diterbitkan pada Okt 9, 2020 oleh .

Apple iPad genererasi ke-lapan telah dilancarkan pada 16 September lalu di beberapa pasaran terhad. Bagi mereka yang membelinya di Malaysia, ia telah mula ditawarkan ke pasaran tempatan pada harga bermula RM1449.

Tablet asas dari Apple ini menggunakan cip Apple A12 yang sebelum ini digunakan pada iPhone XS, XS Max dan XR., Dari segi rekaan, iPad generasi ke-8 masih mengekalkan penggunaan Touch ID, dan skrin bersaiz 10.2-inci yang turut menyokong Apple Pencil generasi pertama. Kamera utama sebesar 8-megapixel dipadankan dengan kamera swafoto 1.2 megapixel.

iPad baru ini ditawarkan pada harga bermula RM1449 untuk versi 32GB WiFi, dan RM1849 untuk versi 128GB WiFi. Untuk versi selular pula, versi 32GB ditawarkan pada harga RM1999, sementara versi 128GB pada harga RM2399.



TIPS & ULASAN