Kaca Mata Huawei x Gentle Monster Eyewear II Akan Memasuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Kaca Mata Huawei x Gentle Monster Eyewear II Akan Memasuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Okt 12, 2020 oleh .

Kaca mata pintar Huawei x Gentle Monster Huawei diperkenalkan pada tahun lepas bersama-sama dengan peranti Huawei Mate 30, yang hadir dengan ciri-ciri seperti menjawab panggilan dan juga pembesar suara terbina.

Pada bulan lepas, Huawei telah memperkenalkan kaca mata Huawei x Gentle Monster Eyewear II, yang boleh dikatakan mempunyai fungsi-fungsi sama seperti model sebelum ini, tetapi dengan rekaan yang baru.

Baru-baru ini, kami berkesempatan untuk melihat sendiri kaca mata Eyewear II ini, dan diberitahu bahawa ia akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Rangka Eyewear II ini diperbuat daripada aloi titanium, manakala pembesar suara di bahagian sisinya menggunakan driver bersaiz 128mm dan mempunyai kelantangan audio setinggi 12db untuk memastikan bahawa hanya pengguna boleh mendengar audio yang keluar daripada kaca mata ini.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi apakah tanda harga kaca mata ini, dan bilakah ia akan dilancarkan. Ia mungkin akan tiba bersama-sama dengan Huawei Mate 40 yang baru sahaja diumumkan acaranya.



TIPS & ULASAN