Imej Pengolokan Rasmi OnePlus 8T 5G Tertiris

Diterbitkan pada Okt 9, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Rekaan OnePlus 8T telah didedahkan sendiri oleh pengeluar di dalam sebuah video pendek awal pada semalam. Hari ini imej pengolokan rasmi dari hadapan dan belakang OnePlus 8T akhirnya tertiris ke arena web menerusi ciapan @IshanAgarwal24

Peranti hadir dalam warna Lunar Silver dan Aquamarine. Dari hadapan ia mengingatkan kami kepada rekaan peranti Samsung Galaxy S10e manakala dari belakang pula ia mirip rekaan Huawei P40 Pro. Ini selari dengan antaramuka OxygenOS kini mula kelihatan seperti One UI.

Peranti ini mungkin akan menyertakan skrin 120Hz, cip Snapdragon 865, selain sokongan pengecasan pantas 65W, dan menjalankan Android 11 terus dari kotak. Pelancarannya akan berlangsung pada 14 Oktober hadapan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami