Cari @ Amanz

Sound Notifications telah diumumkan ketika acara Google I/O untuk membantu golongan OKU pendengaran. Ia sentiasa mendengar bunyi persekitaran dan akan memberikan notifikasi kepada pengguna berdasarkan bunyi sekeliling.

Ciri Sound Notifications kini telah diaktifkan pada peranti Android. Pada waktu ini ia boleh memberikan notifikasi untuk bunyi penggera asap, penggera kebakaran, siren, bunyi bayi, jeritan, loceng pintu, pintu diketuk, air mengalir, deringan telefon dan bunyi dari peralatan di rumah. Bagi OKU pendengaran, notifikasi yang diterima pada peranti akan memudahkan kehidupan seharian yang tidak boleh mendengar.

Selain notifikasi pada peranti pintar, Sound Notifications juga boleh disokong pada jam tangan pintar Wear OS. Apabila notifikasi diterima, peranti juga akan bergetar dengan kuat. Ini adalah amat penting terutamanya jika berlaku kebakaran atau bayi menangis pada waktu malam.

Untuk mengakses Sound Notification, pengguna perlu ke bahagian Accessibilty pada tetapan peranti. Sekiranya tiada, pengguna boleh memuat turun aplikasi Live Transcribe yang turut memberikan ciri yang sama.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd