Siri Vivo V20 Bakal Diperkenalkan Di Malaysia Pada 20 Oktober Ini

Siri Vivo V20 Bakal Diperkenalkan Di Malaysia Pada 20 Oktober Ini

Diterbitkan pada Okt 12, 2020 oleh .

Vivo V20 SE baru sahaja dilancarkan di Malaysia sekitar bulan lepas dengan tanda harga RM1,199 untuk seunit. Kini, Vivo dalam perancangan untuk menambah sejumlah lagi ahli baru lagi di bawah siri sama yang terdiri dengan dua model iaitu Vivo V20 Dan V20 Pro. Tarikh pelancaran juga telah dikongsi yang mana ia dijadualkan berlangsung minggu hadapan, 20 Oktober 2020.

Perkara ini dikongsi oleh pihak Vivo menerusi sebuah poster penggoda yang dimuat naik di laman Facebook rasmi. Imej tersebut memperlihatkan penjenamaan model selain mendedahkan sejumlah ciri menarik padanya seperti hadir dengan sokongan rangkaian 5G terbina dan kamera hadapan sebesar 44-Megapixel. Melihat kepada penggunaan slogannya juga, peranti ini seakan memberi fokus utama pada keupayaan kamera hadapan.

Vivo V20 Pro ialah peranti kelas pertengahan premium yang dijana oleh cip Snapdragon 765G manakala V20 pula menggunakan cip Snapdragon 720G. Seperti biasa, segala penawaran pada peranti akan terjawab pada pelancaran rasmi kelak.

Sekadar selingan, bagi yang berminat untuk mendapatkan Vivo V20 SE. Anda boleh membelinya di beberapa saluran berbeza termasuk lama e-dagang seperti Shopee dan Lazada. Ataupun, laman web rasmi Vivo dan pengedar dah mereka di seluruh Malaysia.



TIPS & ULASAN