Cari @ Amanz

Oppo sebelum ini telah mengesahkan bahawa bakal melancarkan televisyen pintar pertama mereka pada bulan ini. Namun begitu, tarikh muktamad masih menjadi teka teki. Sehinggalah, dalam perkembangan terkini tersebarnya sebuah poster penggoda dipercayai memperlihatkan tarikh rasmi pelancarannya yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan, 19 Oktober 2020.

Tapi sayangnya, imej penggoda tidak pula mendedahkan sebarang maklumat mengenai spesifikasi utama pada televisyen ini. Namun begitu, desas-desus mengatakan Oppo dijangka memperkenalkan dua buah model – iaitu model 55-inci dan juga model 65-inci. Seterusnya, televisyen ini juga dipercayai hadir dengan sokongan kamera pop-naik, skrin 4K bersama kadar segar semula 120Hz, penggunaan cip MEMC selain turut menyertakan bezel yang nipis. Jadi, seperti biasa segala penawaran lain akan terjawab pada pelancaran rasmi kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd