Televisyen Pintar Oppo Dengan Skrin 4K 120Hz Diperlihatkan – Turut Hadir Bersama Kamera Pop-Naik

Televisyen Pintar Oppo Dengan Skrin 4K 120Hz Diperlihatkan – Turut Hadir Bersama Kamera Pop-Naik

Diterbitkan pada Sep 30, 2020 oleh .

Selepas muncul dengan peranti boleh-pakai melalui pengenalan Oppo Watch tempoh hari, kini Oppo melebarkan sayap dalam industri televisyen pintar pula. Sebenarnya, perancangan mengenainya telah didengari sejak sekitar bulan Jun lalu, dan kemudiannya mereka telah mengesahkan bahawa ia akan diperkenalkan pada bulan hadapan iaitu Oktober ini.

Baru-baru ini, Oppo dikatakan telah berkongsi sebuah entri berbentuk video penggoda di laman Weibo yang memaparkan sebuah televisyen pintar keluaran mereka. Tidak banyak maklumat berkaitan televisyen ini yang dikongsi dalam video tersebut, sebaliknya ia dikatakan hadir dengan skrin 4K bersama kadar segar semula 120Hz. Pada masa sama, video tersebut turut memperlihatkan gambaran kasar rekaannya yang hadir dengan binaan bezel nipis bersama sokongan kamera pop-naik.

Buat masa ini, itu sahaja maklumat yang diketahui dan Oppo mengambil langkah untuk terus berteka-teki mengenai spesifikasi khusus serta tarikh pelancarannya. Namun bagitu, terdapat ramalan yang mengatakan televisyen pintar Oppo bakal hadir dalam dua model berbeza iaitu 55-inci dan 65-inci. Selain, turut boleh digunakan sebagai hab mengawal peranti berhubung yang digunakan di rumah.



TIPS & ULASAN