Cari @ Amanz

Beberapa hari yang lepas, aplikasi GMail Go mula muncul di Google Play Store dan semua pengguna Android boleh memuat turunnya tanpa sebarang masalah. GMail Go adalah aplikasi GMail versi ringan, ia tiada banyak ciri dan fungsi dan hanya menawarkan perkara asas sahaja.

GMail

Penawaran aplikasi ini untuk semua pengguna Android adalah kesilapan dari pihak Google. Aplikasi ini dikhususkan untuk pengguna Android Go sahaja, kerana peranti Android Go adalah peranti kelas permulaan. Menurut XDA, aplikasi ini akan ada lengah masa jika digunakan pada peranti biasa. Ia kini telah kembali dihadkan semula untuk Android Go sahaja. Ia tidak lagi boleh dimuat turun aplikasi ini di Play Store melalui peranti Android biasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd