Cari @ Amanz

OnePlus dah Pixel sering bersaing dalam penawaran pengalaman penggunaan Android asli serta kemaskini terpantas. Siri OnePlus 8 baru-baru ini menerima kemaskini Android 11 melalui Oxygen OS 11. Selain daripada mengikut rekaan antaramuka One UI dari Samsung, OnePlus turut menawarkan ciri rakaman video seakan Samsung – iaitu mod potret dalam video.

Bukan itu sahaja, mod malam mereka iaitu Nightscape kini turut boleh digunakan dalam video. Dengan mod malam dan mod potret pada video, rakaman video pada OnePlus 8 akan menjadi lebih cantik dan menarik. Walau bagaimanapun, penggunaannya agak terhad. Mod malam terhad kepada 1080p 30FPS sahaja dan mod potret memerlukan subjek dalam video baik-baik sahaja dalam bingkai untuk kesan kabur berfungsi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd