Markah Penanda Aras Huawei Mate 40 Pro Dengan Kirin 9000 Tetiris – Menewaskan Snapdragon 865

Markah Penanda Aras Huawei Mate 40 Pro Dengan Kirin 9000 Tetiris – Menewaskan Snapdragon 865

Diterbitkan pada Okt 13, 2020 oleh .

Huawei Mate 40 Pro akan dilancarkan pada 22 Oktober hadapan dengan cip terkini Kirin 900. Ia merupakan cip yang menggunakan teknologi 5nm yang sepatutnya memberikan saingan kepada Apple A14 dan Snapdragon 875. Tetapi markah penanda aras awal Geekbench 5 yang telah tertiris hari ini menimbulkan beberapa persoalan.

Peranti mencatatkan 1021 dalam ujian satu teras dan 3710 markah dalam ujian multi teras. Ini adalah lebih baik berbanding Snapdragon 865 yang mencatatkan 898 markah dalam ujian satu teras dan 3277 dalam ujian multi teras.

Markah ujian satu teras masih dipegang oleh Apple A13 dengan 1327 markah tetapi cip Apple ini sekadar mencatatkan 3303 markah dalam ujian multi teras.

Markah yang dicatatkan oleh Mate 40 Pro ini bukan dari peranti dengan perisian akhir tetapi ia masih lagi kami rasakan mengecewakan kerana peningkatan prestasi yang tidak besar berbanding pesaing.



TIPS & ULASAN