Cari @ Amanz

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini mengumumkan yang mana mereka akan mula menggunakan topi keledar pengimbas suhu untuk mengimbas suhu-suhu penumpang, sekaligus mengekang penularan wabak Covid-19.

Langkah ini juga dalam usaha memberikan lebih keyakinan kepada pengguna perkhidmatan KTMB, dan pada masa yang sama, memudahkan lagi urusan imbasan dilakukan secara rawak dari semasa ke semasa.

KTMB mengatakan topi keledar ini akan digunakan oleh anggota Polis Bantuan yang sedang membuat rondaan, dan mengesan penumpang bergejala menggunakannya.

Buat masa ini, penggunaan topi keledar ini masih pada peringkat percubaan, dan KTMB akan menilai keberkesanan penggunaannya.

Pihak KTMB tidak mendedahkan model yang digunakan tetapi ia menyerupai topi keledar yang dikeluarkan oleh Kuang-Chi Technology untuk polis di China sejak Februari lalu. Di China topi keledar dengan teknologi terimbuh ini mampu mengimbas suhu dari jarak 5 meter, membaca kod QR, dilengkapi sistem pengecaman wajah dan menyokong 5G. Selain China dan Malaysia, India turut memperkenalkan “Robocop” pengimbas suhu untuk mengawal penularan Covid-19.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd