Kamera Utama Asus ZenFone 7 Pro Rangkul 115 Mata Dalam Carta DxOMark, Lensa Swafoto Pula Sebanyak 101 Mata

Kamera Utama Asus ZenFone 7 Pro Rangkul 115 Mata Dalam Carta DxOMark, Lensa Swafoto Pula Sebanyak 101 Mata

Diterbitkan pada Okt 13, 2020 oleh .

DxOMark hari ini dilihat telah menerbitkan laporan terbaru di laman webnya dan kini adalah giliran untuk Asus ZenFone 7 Pro pula. Peranti pintar ini telah dilancarkan sekitar bulan Ogos yang lalu dengan sokongan tri-kamera bersama sistem kamera berputar 180 darjah bagi menggunakan kamera utama sebagai kamera swafoto.

Memetik keputusan diterbitkan, kamera hadapan peranti ini berjaya merangkul sebanyak 115 mata untuk markah terkumpul dalam carta DxOMark. Dengan skor ini, Asus ZenFone 7 Pro dilihatkan berada di hadapan OnePlus 7T Pro dan enam mata di belakang Apple iPhone 11 Pro Max. Melaluinya, ia mencatatkan 122 mata untuk kemampuan fotografi dan 100 mata pula untuk kemampuan video.

Pujian diberikan pada kemampuan kamera menghasilkan gambar dengan perincian yang tepat, autofokus juga pantas dan penawaran warna yang baik. Kritikan pula diberikan pada jukat dinamik yang sedikit terhad, sistem imbangan putih yang kurang memuaskan dan kekurangan pada butiran imej pada keupayaan zum.

Dalam laporan berbeza, Asus ZenFone 7 Pro dilihat berjaya merangkul sebanyak 101 mata pula untuk sokongan kamera swafotonya. Ia sekaligus meletakkannya di tangga kedua terbaik, di belakang Huawei P40 Pro. Melaluinya, ia dilihat mencatatkan 104 mata untuk kemampuan fotografi, manakala 96 mata pula untuk kemampuan video.

Pujian diberikan pada keupayaan kamera hadapannya menghasilkan imej dengan perincian yang baik dalam kebanyakan keadaan. Seterusnya, imbangan putih yang konsisten serta semula jadi dan julat dinamik yang luas. Kritikan pula adalah pada masalah hingar yang ketara pada latar belakang subjek dan ada masanya, sokongan untuk boleh dilihat tidak stabil untuk beberapa situasi.



TIPS & ULASAN