Carian
Apple Memperkenalkan Fon Telinga Beats Flex Pada Harga RM219 – Hadir Dengan Cip Apple W1, USB-C
October 14, 2020 Aman

Selain pengenalan telefon pintar baru, Apple turut telah memperkenalkan fon telinga nirwayar mereka, dinamakan sebagai Beats Flex.

Beats Flex ini dilihat menggantikan BeatsX sebelum ini. Ia hadir dengan sambungan berasaskan USB-C untuk pengecasan, dan turut dilengkapi ketahanan bateri sehingga 12 jam lamanya.

Peralihan kepada USB-C ini memudahkan lagi proses pengecasan, dan peralihan daripada penggunaan sambungan Lighning pada Beats X sebelum ini. Ia juga dikatakan menawarkan kualiti audio yang baik melaluinya.

Pada masa yang sama, dalam memudahkan ia disambung kepada iPhone atau iPad, Apple turut menyertakan cip Apple W1 pada Beats Flex ini.

Beats Flex

Dengan Apple tidak lagi menyertakan fon telinga bersama pembelian iPhone baru, mungkin pengguna boleh mendapatkan fon telinga dari Beats ini. Apple menjual Beats Flex ini pada harga RM219 di Malaysia.

Komen