Apple sedia menawarkan sejumlah fungsi rakaman yang mengambil kelebihan teknologi fotografi berkomputasi, termasuk antaranya adalah seperti sokongan Deep Fusion. Menariknya, melalui iPhone 12 Pro, pihak Apple membawa ia setapak lagi kehadapan.
Bersama-sama iPhone 12 Pro, pihak Apple kini turut mengumumkan sebuah format imej yang baru, dinamakan sebagai Apple ProRAW.
Apple ProRAW mengabungkan kelebihan ciri fotografi berkomputasi bersama-sama kelebihan rakaman RAW. Sejumlah lapisan pengambaran berbeza dilalui dalam menghasilkan rakaman yang memudahkan suntingan oleh jurugambar.

Ini bermakna, anda akan dapat merakamkan imej yang menggunakan kelebihan fotografi berkomputasi seperti Smart HDR, dan seterusnya membuat suntingan tambahan seumpama format RAW.
Ini mungkin akan disukai ramai jurugambar yang aktif menggunakan iPhone. Sokongan ini akan hadir kelak pada tahun ini untuk pengguna iPhone 12 Pro dan juga iPhone 12 Pro Max.