Cari @ Amanz

Apple hari ini telah memperkenalkan siri iPhone 12, sekaligus turut mengemaskini harga jualan untuk beberapa model iPhone.

Namun, harga jualan untuk iPhone SE tidak diubah. Hal ini sedia dijangka memandangkan iPhone SE hanya diperkenalkan pada tahun ini, dan harga jualannya kekal seperti biasa bermula RM1999.

Apa pun, sedikit perubahan dari penawaran adalah dimana kini iPhone SE tidak lagi menyertakan sebarang kepala pengecas dan fon telinga EarPods dalam kotak pembelian iPhone SE. Ia perlu dibeli secara berasingan.

Langkah ini dilakukan oleh pihak Apple dalam mengurangkan pembaziran dan juga kesan karbon kepada alam sekitar.

Bagi anda yang baru ingin mendapatkan iPhone SE, jangan terkejut sekiranya penawaran dalam kotak anda adalah sedikit berbeza dengan penawaran dalam kotak iPhone SE beberapa minggu lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd