Cari @ Amanz

Jam tangan pintar Apple Watch Series 6 Dan Apple Watch SE kini boleh dibeli secara atas talian oleh pengguna di Malaysia. Ia akhirnya memasuki pasaran tempatan selepas dilancarkan secara rasmi pada pertengahan September yang lalu.

Di Malaysia Apple Watch Series 6 dijual pada harga bermula RM1749 untuk versi 40mm aluminium dan meningkat ke RM3499 untuk versi logam tahan karat 44mm. Sementara itu Apple Watch SE pula dijual pada harga bermula RM1199 untuk versi 40mm aluminium dan meningkat ke RM1349 untuk versi aluminium 44mm. Kesemua Apple Watch terkini ini boleh dipesan menerusi gedung atas talian rasmi Apple sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd