Carian
Razer Mengemaskini Pilihan Kerangka Peranti Arctech Pro Untuk Siri iPhone 12
October 15, 2020 Amy Maizuraa

Apabila Samsung melancarkan siri Galaxy Note 20 mereka beberapa bulan yang lalu, Razer turut memperkenalkan siri kerangka peranti baru dibawah nama Razer Arctech Pro.

Razer kini telah mengemaskini pilihan rangka tersebut untuk peranti Apple iPhone 12, yang merangkumi iPhone 12, iPhone 12 Mini, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

Ia masih lagi hadir dengan rangka luar anti calar yang mengekalkan rekaan cantik peranti tersebut, dan menggunakan bahan penyejuk Thermapene yang mengalirkan haba daripada peranti kepada kerangka dengan cekap.

Kerangka Razer ArcTech Pro ini sudah mula dijual di kedai atas talian Razer pada harga RM209 untuk seunit.

Komen