Carian
Markah Penanda Aras Cip A14 Pada iPhone 12 Dan 12 Pro Menunjukkan Peningkatan Sehingga 25% Berbanding A13
October 16, 2020 Effi Saharudin

Markah penanda aras iPhone 12 dan iPhone 12 Pro yang menggunakan cip Apple A14 Bionic telah muncul di laman Geekbench 5 hari ini. Pada iPhone 12, 1605 markah dicatatkan dalam ujian satu teras dan 4114 markah dalam ujian multi teras. Sementara itu iPhone 12 Pro mencatatkan 1605 markah dalam ujian satu teras dan 4129 dalam ujian multi teras.

Ini adalah peningkatan dari 1327 markah dalam ujian satu teras dan 3303 dalam ujian multi teras yang dicatatkan oleh Apple A13 Bionic. Peningkatan prestasi sebanyak 20% dicatatkan dalam ujian satu teras dan peningkatan 25% dalam ujian multi-teras. Markah yang telah dipaparkan di laman Geekbench ini selari dengan markah yang dicatatkan oleh iPad Air 2020 sebelum ini.

Komen