OnePlus Tidak Lagi Menyertakan Facebook Secara Terbina Peranti Mereka – Bermula Dengan OnePlus 8T

OnePlus Tidak Lagi Menyertakan Facebook Secara Terbina Peranti Mereka – Bermula Dengan OnePlus 8T

Diterbitkan pada Okt 16, 2020 oleh .

Bulan Ogos lepas, kami telah melaporkan yang OnePlus telah menyertakan Facebook secara terbina pada peranti OnePlus 8, OnePlus 8 Pro dan OnePlus Nord. Aplikasi yang dipasang ini adalah Facebook App Installer, Facebook App Manager, dan juga Facebook Services. Perkara ini menyebabkan ramai orang tidak berpuas hati. Ini kerana OnePlus yang sedia terkenal dengan Oxygen OS yang bersih dan bebas dari aplikasi terpasang – kini tiada lagi.

Facebook OnePlus

Nampaknya pengguna yang bising akhirnya menang. Ini kerana OnePlus dilaporkan mendengar kata-kata pengguna. Bermula dengan OnePlus 8T tiada lagi aplikasi-aplikasi dan perkhidmatan Facebook terbina. Aplikasi yang sedia terbina hanyalah Netflix, yang mana untuk pengoptimasian mainan media HDR. Walau bagaimanapun, OnePlus tidak dapat mengesahkan yang tindakan ini akan kekal selama-lamanya.



TIPS & ULASAN