Redmi K30S Hanyalah Xiaomi Mi 10T Yang Dijenamakan Semula

Redmi K30S Hanyalah Xiaomi Mi 10T Yang Dijenamakan Semula

Diterbitkan pada Okt 16, 2020 oleh .

Redmi K30S ialah peranti seterusnya yang akan dilancarkan dengan beberapa imej acah memberikan petanda ia sebuah peranti mercu. Peranti ini telahpun melepasi laman TENAA di Chian dan mengesahkan ia hanyalah sebuah Mi 10T yang dijenamakan semula.

Tiada perubahan spesifikasi dilakukan. Skrin 6.67” LCD FHD+ dipadankan dengan Snapdragon 865, memori sehingga 12GB, storan sehingga 512GB, kamera utama 64MP dan bateri 5000 mAh. Kerana ia peranti dijenamakan semula, skrin 144Hz dengan pemgimbas cap jari sisi bakal dikekalkan juga.

Ini bukan kali pertama peranti Xiaomi dijenamakan semula menjadi Redmi di China. Di Malaysia tahu lalu Redmi K20 Pro dijenamakan semula sebagai Mi 9T



TIPS & ULASAN