Semalam kamera nircermin terkini Canon EOS M5 Mark II telah diumumkan dengan ciri mesra penstriman. Kamera dilengkapi sensor CMOS 24.1 megapixel APS-C yang dipadankan dengan cip pemproses Canon DIGIC 8.

Ciri mesra penstriman yang disertakan ialah sokongan mengubahnya menjadi sebuah kamera web dan keserasian untuk digunakan untuk YouTube Live secara nirwayar. Selain itu kamera ini turut menyokong rakaman video secara menegak untuk menghasilkan kandungan untuk Stories dan TikTok. Kepada pengguna EOS M50 sedia ada, kebanyakan ciri baharu ini akan diberikan kepada kamera menerusi kemas kini kelak.

Ia juga mempunyai kemampuan mengambil gambar sehingga 36 bingkai sesaat. Kemampuan rakaman video pula ialah sehingga 4K 24p sahaja. Sebuah skrin LCD pada bahagian bawah mempunyai sokongan sesentuh untuk memudahkan pemfokusan dan memulakan rakaman video. Kepada
Di Amerika Syarikat Canon EOS M5 Mark II ditawarkan pada harga $600
(~RM2490) tubuh sahaja dan $700 (~RM2900) dengan lensa EF-M 15-45mm bermula November kelak.