Cari @ Amanz

Apple Malaysia kini telah mula menawarkan tablet terbaru iPad Air mereka melalui laman rasmi, sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan tablet berkenaan dan menerimanya seawal 30 Oktober 2020 ini.

Apple iPad Air hadir dengan skrin 10.9-inci Liquid Retina, dijana cip Apple A14 berasaskan binaan 5nm, dan dilengkapi penyesuai berasaskan USB-C untuk pengecasan dan menggunakannya bersama-sama sejumlah aksesori.

Untuk tujuan sekuriti, Apple menyertakan butang kuasa bersama Touch ID pada bahagian atas tablet.

Seperti biasa, sejumlah aksesori turut ditawarkan bersama-sama tablet terbaru ini termasuk papan kekunci Magic Keyboard.

Bagi anda yang berminat boleh mendapatkan iPad Air ini pada harga RM2599 untuk versi WiFi, dan RM3149 untuk versi selular.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd