Cari @ Amanz

Colin Chapman ialah legenda dalam sukan permotoran. Menerusi Lotus, beliau membawakan beberapa inovasi seperti penggunaan strut pada gantungan belakang, casis monokok dan penggunaan bahan komposit. Lotus masih lagi jenama yang disegani dan kini mereka akhirnya memperlihatkan kereta elektrik pertama mereka Lotus Evija.

Lotus Evija diumumkan tahun lalu tetapi diperlihatkan kepada umum buat pertama kali di acara Goodwood SpeedWeek tahun ini. Kenderaan elektrik ini dilengkapi empat motor elektrik dengan output gabungan 2000 kuasa kuda. Ia mempunyai kemampuan menandingi kereta hiper konvensional dengan kelajuan maksimum 320 km/j. Ia mengambil masa kurang 3 saat untuk mencecah 100 km/j dan 9 saat untuk mencecah 300 km/j. E

Tambah menarik menurut Lotus dengan pengecas 800 KW, bateri sebesar 70 kWh Evija boleh dicas sepenuhnya dalam masa hanya 9 minit. Dengan pengecasan konvensional 350 kW pula ia boleh dilakukan dalam masa 18 minit, Ini memberikan jarak perjalanan maksimum 402 kilometer dengan sekali caj.

Hanya 130 unit Lotus Evija akan dihasilkan bermula 2020. Bagi yang berminat ia boleh dimiliki pada harga £1.7 juta (~RM 8.7 juta) sebuah

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd