Cari @ Amanz

Samsung sedia diperkatakan sedang mempercepatkan pengenalan telefon mercu terbaru mereka, dan dijangka memasarkannya pada bulan Januari 2021 kelak berbanding kebiasaan yang mungkin mengambil masa pada penghujung suku pertama tahunan.

Selain desas-desus berkaitan pelancarannya, kini gambar pengolokkan awal untuk Galaxy S21 hadir ke arena web, dikongsikan peniris terkenal @OnLeaks.

Daripada rekaan yang tertiris ini, ia memperlihatkan rekaan kamera yang sedikit berbeza dengan Galaxy S20, dan ruangan kamera belakang dihubungkan terus ke bahagian kerangka peranti.

Galaxy S21 ini dijangka hadir dengan skrin 6.2-inci mendatar (pipih), dan dilengkapi sebuah bahagian berlubang dihadapan untuk meletakkan kamera hadapan.

Buat masa ini, hanya gambar awal Galaxy S21 ini sahaja hadir. Samsung sendiri dijangka memperkenalkan dua lagi model peranti dibawah keluarga sama, termasuk Galaxy S21 Plus dan Galaxy S21 Ultra.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd