Gambar Samsung Galaxy S21 Ultra Turut Tertiris Ke Arena Web

Gambar Samsung Galaxy S21 Ultra Turut Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Okt 19, 2020 oleh .

Beberapa jam lepas, kita telah melihat gambar Samsung Galaxy S21 tertiris ke arena web, sekaligus memperlihatkan rekaan peranti mercu terbaru Samsung untuk tahun 2021. Kini, selain model berkenaan, gambar pengolokkan untuk Samsung Galaxy S21 Ultra turut hadir ke arena web melalui @OnLeaks.

Rekaannya menyerupai rekaan Galaxy S21, termasuk menggunakan rekaan bahagian kammera belakang yang disambungkan dari bahagian bingkai, selain skrin berlubang pada bahagian hadapan.

Namun, ia dilihat menyertakan sedikit melengkung ditepi, serta bahagian kamera yang lebih menonjol. Galaxy S21 Ultra juga menyertakan empat sensor kamera belakang dengan ketebalan bonjolan yang sedikit besar berbanding model Galaxy S21 biasa.

Buat masa ini, info penuh dan spesifikasi peranti ini masih tidak diketahui lagi. Dengan ketirisan awal ini, kita mungkin mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi.

Mengikut desas-desus awal, Samsung dijangka memperkenalkan siri Galaxy S21 pada awal Januari 2021 kelak.



TIPS & ULASAN